MR D.I.Y rai kempen ‘Raya Sama Sama’ perkukuh hubungan pelanggan - Utusan Malaysia

MR D.I.Y rai kempen ‘Raya Sama Sama’ perkukuh hubungan pelanggan

Meraikan pemenang ‘Cabaran Tarian Raya Sama Sama’ MR D.I.Y. bersama Alif Satar & The Locos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkukuh hubungan pelanggan dan meningkatkan keterlihatan jenama sempena musim perayaan, MR D.I.Y. Malaysia Berhad menganjurkan kempen ‘Raya Sama Sama’ sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran bersepadu.

MR D.I.Y. Malaysia Berhad berkata, slogan ‘Apakah makna sebenar meraikan Raya Sama Sama?’membawa maksud menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan. 

“Semangat ini diterjemahkan menerusi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2026, ‘Raya Sama Sama’, yang menghimpunkan kira-kira 300 tetamu di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini dalam suasana penuh budaya, jaringan sosial dan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran bersepadu, kempen ‘Raya Sama Sama’ turut dipacu oleh kandungan digital termasuk filem web yang mencatat lebih 51 juta tontonan, sekali gus mencerminkan tahap capaian dan keberkesanan kempen dalam menarik perhatian pengguna di seluruh negara.

Majlis tersebut turut menampilkan artis tempatan, Alif Satar bersama The Locos, selain meraikan pemenang ‘Raya Sama Sama Dance Challenge’, sebagai usaha memperkukuh interaksi jenama dengan komuniti serta meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pendekatan kempen berteraskan pengalaman bersama mampu memperdalam hubungan emosi antara jenama dan pengguna, khususnya dalam musim perayaan yang mempunyai nilai sentimen tinggi.

“Melalui ‘Raya Sama Sama’, kami bukan sahaja meraikan perayaan, tetapi turut membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan menerusi pengalaman bersama yang bermakna,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran acara fizikal yang disokong oleh kandungan digital dan penglibatan selebriti mencerminkan pendekatan omnichannel yang semakin menjadi keutamaan dalam sektor peruncitan. 

“Strategi ini dilihat mampu meningkatkan keterlihatan jenama, mendorong trafik pelanggan serta menyokong pertumbuhan jualan semasa musim perayaan,” katanya.

Kempen ‘Raya Sama Sama’ sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan MR D.I.Y. 

dalam memanfaatkan musim perayaan sebagai pemacu pertumbuhan perniagaan, di samping memperkukuh kedudukannya dalam pasaran peruncitan tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN