CBP lebarkan sayap di Miri - Utusan Malaysia

CBP lebarkan sayap di Miri

RUSLI Jaafar (dua dari kiri) merasmikan cawangan CBP ke 31 di Miri, Sarawak pada Jumaat sambil disaksikan Baharom Embi. - UTUSAN/IHSAN CBP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) kini secara rasmi melebarkan sayap mereka di Sarawak dengan pembukaan cawangan mereka yang ke-31 iaitu di Miri, semalam.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan cawangan tersebut adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Kata beliau, ia juga merupakan perancangan strategik CBP untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Ini merupakan cawangan CBP yang kedua di negeri Sarawak selepas Kuching, dan yang ketiga adalah Cawangan Matang Jaya yang akan dibuka pada suku pertama tahun 2024 sejajar dengan strategi CBP untuk membawa produk dan perbankan terus kepada penduduk di Bumi Kenyalang ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pembukaan cawangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rusli Jaafar.

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi CBP, Hajjah Nor Hidayah Omar; Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, pengurusan kanan CBP, wakil-wakil agensi kerajaan dan koperasi serta rakan strategik yang lain.

Mengulas lanjut, Baharom berkata, selain daripada Sarawak, CBP turut mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di negeri-negeri lain.

“(CBP turut membuka cawangan di) Sandakan dan Papar, Sabah serta Jerteh, Terengganu pada suku pertama tahun 2024.

“CBP berharap dengan pertambahan cawangan di Sabah dan Sarawak, penduduk setempat dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan selain anggota serta pelanggan sedia ada dapat menjalankan urusan dengan mudah,” jelasnya.

Tambahnya, CBP kini dalam perancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 36 buah cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026 iaitu seperti mana dirancang dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026.

“(Ia seperti mana pelan strategik yang dilancarkan) pada 31 Mei tahun lalu dengan memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya