Co-opbank Pertama agih geran penyelidikan RM120,000 kepada 12 IPT - Utusan Malaysia

Co-opbank Pertama agih geran penyelidikan RM120,000 kepada 12 IPT

CO-OPBANK Pertama mengagihkan sebanyak RM512,000 dalam bentuk geran penyelidikan kepada IPT menerusi agihan wakalah zakat CBP Fasa 1 dan Fasa II. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan geran penyelidikan bernilai RM120,000 kepada 12 institusi pengajian tinggi (IPT).

Agihan geran penyelidikan itu selepas Co-opbank Pertama bersama 12 IPT terlibat di seluruh negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) menerusi Program Bantuan Wasilah Ilmiah Fisabillah.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, setiap IPT menerima geran penyelidikan sebanyak RM10,000 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM120,000.

Katanya, geran penyeldidikan berkenaan adalah daripada agihan wakalah zakat CBP Fasa 1 dan Fasa II berjumlah RM512,000.

“Diharap dengan geran penyelidikan yang ini dapat membantu IPT yang terlibat untuk terus menghasilkan graduan-graduan berkualiti seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.

“Insya-Allah, program-program seperti ini akan terus dilakukan lebih banyak pada masa akan datang dengan lebih banyak IPT akan menerima geran penyelidikan seperti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara IPT yang menerima geran penyelidikan daripada CBP adalah Politeknik Seberang Perai, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM).

Turut menerima geran penyelidikan adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Turut diadakan adalah agihan bantuan program kepada dua IPT iaitu INCEIF University dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA) yang menerima agihan keseluruhan sebanyak RM20,000.

CBP turut mengagihkan wakalah zakat kepada 120 penerima pelajar sekolah dan tiga masjid menerusi wakil yang hadir di majlis berkenaan dengan agihan keseluruhan sebanyak RM75,000.

“Semoga dengan agihan wakalah zakat ini ianya akan membawa keberkatan kepada perniagaan CBP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya