Banjir termenung undang ancaman lintah

Banjir termenung undang ancaman lintah

KAMARUDIN Ya perlu berwaspada setiap kali meredah air bagi mengelak digigit lintah selepas kawasan rumahnya ditenggelami air banjir di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penduduk Kampung Padang Licin di sini, mendakwa berdepan ancaman lintah selepas kawasan rumah mereka masih ditenggelami air akibat banjir termenung.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Kamarudin Ya, 44, mendakwa, lintah-lintah itu memasuki pekarangan rumah selepas air banjir mulai surut secara perlahan-lahan.

Katanya, situasi itu menyebabkan penduduk terpaksa berhati-hati kerana gigitan lintah itu boleh menyebabkan kegatalan selain berbahaya sekiranya masuk ke dalam kemaluan.

“Keadaan ini membuatkan saya lebih bimbang apabila lintah ini masuk ke dalam rumah selepas ditenggelami air sedalam 0.1 meter.

“Setiap kali berjalan di atas rumah, mata saya terpaksa berwaspada untuk mengelak digigitnya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Munira Mat Ariffin, 31, berkata, setiap kali meredah air banjir, dia lebih berhati-hati bagi mengelakkan digigit hidupan tersebut.

Katanya, setiap kali berlaku banjir termenung, lintah mudah dijumpai dan saiznya lebih besar sekali gus mendatang bahaya.

“Sebab itu saya tidak membenarkan anak-anak bermain banjir. Lihat sahaja kelibat lintah, saya sudah gerun,” katanya, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN