Banjir gelombang ketiga di Terengganu bertambah baik - Utusan Malaysia

Banjir gelombang ketiga di Terengganu bertambah baik

SEORANG penduduk membersihan perkakasan rumah selepas ditenggelami banjir di Kampung Pulau Rusa Hilir, Kuala Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Banjir gelombang ketiga di Terengganu bertambah pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 3,047 orang daripada 814 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 4,476 orang (1,216 keluarga) pada pukul 4 petang semalam.

Ketika ini terdapat 37 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tujuh daerah berbanding 45 petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu beekata, semua daerah kini menunjukkan penurunan mangsa dan lebih banyak PPS ditutup sekiranya cuaca baik sepanjang hari ini.

Mangsa tertinggi ketika ini ialah di daerah Dungun iaitu 2,088 orang (558 keluarga) di 26 PPS, berkurangan, berbanding 2,892 mangsa (795 keluarga) di 30 PPS petang semalam.

Di Hulu Terengganu, situasi banjir tidak banyak berubah dengan mangsa berkurangan sedikit kepada 630 orang (176 keluarga) di tiga PPS berbanding 642 mangsa (179 keluarga) di empat PPS sebelum ini.

Selain itu, daerah Kuala Terengganu
menempatkan 132 mangsa (36 keluarga di dua PPS) berbanding 188 orang (49 keluarga di tiga PPS) sebelum ini.

Situasi sama berlaku di daerah Kemaman, mangsa berkurangan kepada 63 orang (14 keluarga di dua PPS) berbanding 204 orang (50 keluarga) di tiga PPS petang semalam.

Banjir di Marang juga semakin baik dengan mangsa berkurangan kepada 91 orang (22 keluarga di satu PPS) berbanding 121 orang (31 keluarga) di satu PPS semalam.

Selain itu, banjir di Kuala Nerus pula hampir pulih sepenuhnya dengan mangsa hanya enam sekeluarga di satu PPS berbanding
392 mangsa (105 keluarga) di dua PPS sebelum ini.

Situasi banjir di Setiu pula kekal tidak berubah iaitu seramai 37 mangsa daripada tujuh keluarga masih berada di dua PPS ketika ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan tiada sungai di Terengganu yang telah melepasi paras bahaya setakat ini.

Bagaimanapun, empat sungai masih melepasi paras amaran iaitu di Dungun, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya