Artis seksi bakal nikah kerabat raja - Utusan Malaysia

Artis seksi bakal nikah kerabat raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WAH… tak sangka juga Cik Bunga, selepas sekian lama hidup menjanda, artis yang dikenali dengan imej seksi ini akhirnya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. 

Apa yang penting, bakal suaminya itu bukan calang-calang ya, dengarnya daripada kerabat raja Negeri Sembilan. Desas-desus itu pun sudah bertebaran dalam kalangan artis-artis kelas atasan. 

Pendek kata, ramai yang sedang menunggu kad undangan daripada penyanyi ini. Kalau tak silap Cik Bunga, rasanya agak lama juga si artis ini menjalin hubungan cinta dengan kekasih hatinya yang segak ini. 

Cumanya, Cik Bunga waktu itu, ingatkan dia sudah lama mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut. Tup-tup belum lagi rupanya dan baharu hendak bernikah. Bukan apa, jangan salahkan Cik Bunga pula. 

Kita pun tengok gelagatnya di media sosial asyik ke sana ke mari, bercutilah, apalah, dengan lelaki itu. Tetapi, hendak kata macam mana lagi bukan, dia pun terbuka berkongsi cara hidupnya di media sosial yang sudah ke arah kebaratan itu. 

Kalau tidak, tak adalah seksi bukan main sampai bergambar pakai baju dalam dan seluar dalam sahaja pun umpama satu perkara yang normal bagi dirinya. Iyalah awak… kalau tak pakai macam itu, nanti orang kata tak tergolong dalam kelompok elit lah pula bukan? 

Nanti dikata tak moden, tak berfikiran terbuka pula. Kalau tidak, macam mana nak pancing lelaki kaya? Ops, maaf, melebih pula Cik Bunga ini. 

Apa pun, tahniahlah kepada artis tersebut. Dapat juga capai hajat besar dalam hidupnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu, lama menunggu. Pucuk dicita ulam mendatang orang kata…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya