Alif Satar, Tai Chi 'popularkan' masjid - Utusan Malaysia

Alif Satar, Tai Chi ‘popularkan’ masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

DIKELILINGI majoriti penduduk bukan beragama Islam sudah pasti mendatangkan cabaran besar buat pihak pengurusan Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara untuk menyantuni mereka. 

Menyedari masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah mendorong penganjuran senaman popular dalam kalangan masyarakat Cina, Tai Chi. 

Pengerusi masjid, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihak masjid menyediakan jurulatih berbangsa Cina bagi mengendalikan aktiviti yang berlangsung pada setiap Ahad bermula Oktober lalu. 

“Sambutan kami terima sangat menggalakkan Kita mahu masjid ini menjadi pusat komuniti sosial dengan pelbagai aktiviti. 

“Gelanggang futsal kami jadikan lokasi untuk menjayakan senaman ini dengan lebih selesa,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Syed Hamid yang merupakan bekas Menteri Luar berkata, buat kali pertama, pihaknya menganjurkan komuniti Hi-Tea di dewan serbaguna masjid, baru-baru ini. 

Aktiviti berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan lain (NGO). 

“Ini juga usaha kita untuk memupuk kemesraan dalam kalangan penduduk supaya mereka tidak terasa asing dengan masjid,” katanya. 

BAYAR GAJI STAF 

Rumah Allah terletak atas bukit di Jalan Setia Budi ini berada di lokasi strategik yang menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. 

Berada dalam kawasan persekitaran golongan berpro l tinggi dan elit, menjadikan kutipan sedekah bulanan masjid itu pernah mencecah RM200,000 iaitu pada Oktober lalu. 

Jumlah berkenaan membolehkan pihak masjid membayar gaji seramai 16 staf termasuk dua staf orang kelainan upaya (OKU) dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM34,000 sebulan. 

“Ada juga sumber pendapatan lain tetapi tidaklah terlalu banyak berbanding sumbangan dan sedekah diterima khususnya pada setiap hari Jumaat. 

“Bentuk sumbangan sekarang juga lebih mudah apabila kita menyediakan kaedah pembayaran melalui kod QR,” katanya. 

Mengulas mengenai keselamatan penggunaan kod QR katanya, setakat ini, belum pernah berlaku isu kecurian kerana pihak masjid turut menitikberatkan aspek keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV). 

“Walau bagaimanapun, pegawai kewangan yang dilantik sentiasa menyemak kod QR yang dipaparkan bagi tujuan sumbangan. 

“Kemasukan sumbangan yang kerap melalui medium itu boleh menjadi salah satu bukti kod QR masjid berfungsi dengan baik,” jelasnya. 

Beliau menjawab mengenai kemungkinan berlaku pemalsuan kod QR daripada pihak tidak bertanggungjawab yang pernah tular di media sosial baru-baru ini. 

ALIF SATAR & GENG SUBUH 

Masjid yang mempunyai ruang solat tiga tingkat ini turut mencuri tumpuan apabila selebriti versatil, Alif Satar mempromosikan kempen #gengsubuhmacamjumaat di masjid itu pada setiap hari Ahad. 

Syed Hamid berkata, pihak masjid melihat Alif sebagai individu yang mempunyai pengaruh sangat kuat bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi masjid lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. 

“Kita mahu Alif membantu untuk mengimarahkan masjid dalam kalangan anak muda. Kita bersyukur beliau sudi bekerjasama dengan pihak masjid. Ini juga adalah inisiatif dirinya sendiri,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya