PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan empat pegawai kanan pasukan itu berkuat kuasa 15 Jun ini.
Mendahului senarai ialah Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Julina Salehuddin berkata, pertukaran itu turut menyaksikan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner Polis.
“Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Abdul Rahman Kassim pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.
“Ketua JPJKK Pahang, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN








