PETALING JAYA: Ahli kelab Watsons, Nurul Iylia Sabeela memenangi hadiah utama sebuah rumah melalui kempen ‘Watsons Club Members’ Spend & Win a Prestige Residence daripada LBS’.
Watsons berkata, ahli Watsons hanya perlu berbelanja RM60 di kedai dan dalam talian sepanjang kempen berlangsung dari 5 September hingga 30 Oktober 2023.
“Pemenang utama dipilih melalui siri aktiviti dalam acara akhir baru-baru ini dan 1,000 Ahli Kelab Watsons juga memenangi baucar membeli-belah daripada Watsons,” katanya dalam kenyataan.
Hadir menyampaikan hadiah ialah Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Datuk Cynthia Lim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim; dan Pengurus Besar, Pemasaran dan Pertumbuhan Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh.
Dalam pada itu, pemenang terbabit, Nurul Iylia Sabeela mengucapkan terima kasih kepada Watsons Malaysia dan LBS kerana menjadikan impiannya kenyataan.
“Saya telah menjadi ahli Watsons Club bertahun dan memenangi rumah daripada jenama kegemaran saya, terasa seperti mimpi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International, Caryn Loh berkata, pihaknya bersyukur kerana ahli setia bersama Watsons sejak 13 tahun yang lalu.
“Kempen ini dengan konsisten menawarkan pelanggan setia peluang memenangi hadiah seperti gajet, kereta, baucar dan kini rumah baharu,” katanya.
Tambah beliau, kempen telah dilancarkan pada 2010 dan mempunyai ganjaran serta tawaran konsisten yang menarik untuk ahli kelab.
“Selama bertahun-tahun, ahli Kelab Watsons dan Kelab Watsons Elite menikmati pengalaman eksklusif yang tidak dapat dibeli, termasuk peluang memenangi lawatan, menghadiri bengkel, mengambil bahagian dalam acara eksklusif dan banyak lagi,” katanya. – UTUSAN










