711 orang mangsa banjir masih berlindung di PPS

711 orang mangsa banjir masih berlindung di PPS

DUA penduduk melihat kawasan rumah mereka yang masih ditenggelami air di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Pasir Mas bertambah baik apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 711 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 809 orang malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Banjir negeri dalam satu kenyataan berkata, semua mereka terdiri daripada 229 keluarga itu berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh yang menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 338 orang diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (167),  SK Gual Periok (136) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (70),” katanya.

Sementara itu, semua sungai utama di negeri ini masih berada pada paras normal kecuali Sungai Golok di Kuala Jambu berada pada paras berjaga-jaga.

Katanya,  bagaimanapun, pemantauan paras air sentiasa dilakukan dan papan amaran  diletakkan di tapak yang terlibat.

“Selain itu, sebanyak dua jalan negeri masih ditutup kepada semua jenis kenderaan iaitu di Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang serta Jalan SK Gual Tok Deh.

“Manakala dua jalan persekutuan masih ditutup kepada semua jenis kenderaan iaitu di Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang – Jeram Perdah serta Jalan Tok Deh – Gual Periuk,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya