KUALA LUMPUR: Penyanyi, Farah Idayu kecewa apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bakatnya.
Menerusi Threads, Fara Idayu memaklumkan pihak tersebut cuba menggunakan kebolehannya untuk kepentingan peribadi.
“Nak tempah kak yuyu (Idayu) buat persembahan untuk majlis tertutup, minta lagu macam-macam.
“Suruh berulang kali buat suara macam-macam, lokasi dan set pentas bertaraf 5 bintang tapi mengenai bajet nak bayar artis?” soalnya.
Dalam pada itu, Idayu mempersoalkan pihak itu yang enggan mengeluarkan kos yang besar bagi persembahan tersebut.
“Mustahil tak ada bajet, maaf lah ya. Saya ini bukan penyanyi taman tema (makan sendiri banyak sangat sampai tak logik akal, atas angin benar,” katanya lagi. – UTUSAN










