KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115 dua tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Datuk Hazri Hassan, 57, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang penjawat awam, iaitu Ketua Pengarah Jupem dan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah menggunakan kedudukan sebagai…










