36 mangsa banjir di Sandakan dipindahkan

36 mangsa banjir di Sandakan dipindahkan

ANGGOTA bomba melakukan pemantauan banjir di Kampung Garinono, Sandakan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Seramai 36 mangsa terjejas banjir di Kampung Garinono, Batu 25  di sini dipindahkan ke dewan masjid di kampung berkenaan hari ini.

Kesemua mangsa dipindahkan kira-kira pukul 6 pagi tadi setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 6.06 pagi dan sepasukan lapan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 40 kilometer daripada BBP Sandakan.

Anggota bomba bersama agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi pemindahan mangsa banjir.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati beberapa buah rumah telah dinaiki air. Justeru, operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan bagi memindahkan kesemua 36 mangsa daripada enam buah keluarga ke dewan masjid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN