Warga Bangladesh cuit perhatian ramai, rakam aksi menari

Warga Bangladesh cuit perhatian ramai, rakam aksi menari tepi jalan

TANGKAP layar daripada perkongsian di TikTok mengenai warga Bangladesh menari di pinggir jalan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat spontan dua orang warga asing yang dipercayai berasal dari Bangladesh merakam aksi menari ala video muzik filem Tamil di pinggir jalan menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian rakaman video itu di TikTok memaparkan seorang lelaki warga Bangladesh membantu merakam aksi rakannya yang sedang menari mengikut rentak lagu.

Tarian dan aksi yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut mencetuskan kekaguman di kalangan warganet malah ada juga yang meluat dengan keyakinannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen geli hati dengan kelakuan dua lelaki Bangla itu dan ada juga yang menganggap perkara ini biasa kerana sudah ramai warga Bangla yang melakukan aksi seperti itu.

“Biarlah mereka gembira dengan cara sendiri. Kita semua layak untuk bahagia tidak kira di mana kita berada,” komen Lennyganak.

“Enam hari kerja cari wang untuk keluarga. Dapat satu hati cuti pun dah bermakna buat gembirakan diri, pakai lawa-lawa,” tambah Norra Aliza.

“Hari tu di Shah Alam depan Mydin, saya dengan suami gelak atas motor terus lupa nak beli apa. Ada yang melompat sambil berjoget, nak rakam tapi tak bawa telefon pula,” tulis Yuyu.

Video berkenaan sudah tular di aplikasi TikTok dan menerima lebih 1.9 juta tontonan, 1,921 komen dan 81,600 tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN