PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas dalam kejadian memukul dan mengugut seorang individu lain di sebuah kedai makan di Desa Sri Puteri dekat sini pada 9 Jun lalu.
Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Taman Desa Bakti pada 11 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, penahanan itu dilakukan selepas siasatan dijalankan terhadap berhubung kejadian.
Katanya, kejadian berlaku sekitar pukul 11.05 pagi apabila suspek berusia 31 tahun didakwa telah memukul serta mengugut pengadu dengan menunjukkan objek yang menyerupai pistol.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN










