Wanita balut luka bedah guna plastik redah banjir - Utusan Malaysia

Wanita balut luka bedah guna plastik redah banjir

SUHADA Rani (dua, kiri) bersama empat anaknya berpindah di PPS SK Kuala Besut, Besut, hari ini. - UTUSAN/ WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang wanita terpaksa membalut paha kanan yang baru menjalani pembedahan dengan plastik untuk meredah banjir selepas kediamannya di Kampung Kayu Kelat 8, Kuala Besut, ditenggelami air, semalam. 

Suhada Rani, 47, berkata dia terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan luka pembedahan itu terkena jangkitan kuman. 

“Saya menjalani pembedahan di bahagian paha kanan di  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, bulan lalu selepas terkena bisul dan ia belum sembuh sepenuh.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa menggunakan plastik untuk mengelakkan terkena air. 

“Bagaimana luka berkenaan masih juga terkena air apabila saya terpaksa meredah air paras pinggang ketika keluar dari rumah untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut, di sini, hari ini. 

Menurutnya, dia perlu membersihkan luka tersebut setiap hari dan menjalani rawatan berkala di klinik. 

Katanya, dia juga mengidap penyakit diabetes boleh menyebabkan luka tersebut cepat dijangkiti kuman dan sukar untuk sembuh. 

Jelasnya, dia sepatutnya perlu menghadiri temujanji rawatan di  HUSM, semalam tetapi terpaksa ditangguhkan susulan ada laluan yang telah dinaiki air. 

“Saya telefon hospital minta tunda tarikh rawatan kerana risau untuk keluar apabila tengok banyak kawasan telah terjejas banjir dan rumah saya juga mula dinaiki air apabila hujan lebat sejak kelmarin,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya