Video perbualan dengan Wahab disunting, kata Dr. Agus

Video perbualan dengan Wahab disunting, kata Dr. Agus

wahab
Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Bekas Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, video perbualannya bersama individu bernama Wahab yang tular di media sosial adalah disunting.

Beliau mendakwa, ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu menjatuhkan reputasinya melalui video tersebut yang didakwanya sebagai palsu.

“Saya ingin katakan bahawa video itu suatu yang diubah, satu yang ‘edited’ (disunting)… saya yang difitnah, video itu sudah ‘edit’ (disunting). Saya pun tak tergamak nak tengok video,” katanya.

Mohamad Agus berkata demikian ketika sidang media  untuk menjelaskan mengenai video yang tular itu di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, malam ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah lelaki bernama Wahab atau nama sebenarnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, yang mengaku merakam video asal yang didakwa sudah diubah suai itu.

Mohammad Agus berkata, penularan video itu ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan beliau dan jawatan yang disandangnya dalam J-KOM.

Menurutnya,  video yang asal tidak mempunyai audio, tetapi telah disunting oleh beberapa individu yang dikenali.

Sehubungan itu beliau sudah membuat laporan polis petang tadi di Kajang dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video itu.

“Kita telah belajar bagaimana seseorang itu dijatuhkan dengan tuduhan seksual dan ini berlaku kepada saya,” katanya.

Agus berkata, beliau mengakui ada kekecewaan daripada rakan di J-KOM yang mengharapkan jabatan itu memainkan peranan yang lebih berkesan.

“Pelbagai kemarahan dilemparkan kepada saya, tetapi saya diam… ya saya diam biarpun saya ada alasan untuk memberitahu kekangan yang saya hadapi di J-KOM,” jelasnya.

Katanya, beliau ada menerima tawaran kerja di Indonesia dan akan melepaskan jawatan di J-KOM.

Tetapi pada 13 November lalu dia dipanggil untuk bertemu seseorang lalu ditunjukkan video perbualan lucahnya bersama Wahab.

“Saya diberi dua pilihan pada waktu itu sama ada meletakkan jawatan terus ataupun bercuti rehat sehingga tempoh tamat dan meletakkan jawatan,

“Saya ambil sikap untuk kompromi untuk jaga kesemua pihak tanpa saya bahas ketulenan video,” katanya.

Katanya, keputusan untuk meletakkan jawatan dibuat kerana sudah menerima tawaran kerja di tempat lain.

Mohamad Agus mengadakan sidang media itu sebagai menjawa satu klip video memaparkan perbualan jelik antara lelaki yang mirip beliau dengan seorang lagi lelaki yang disebut sebagai Wahab. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.