Unimap sedia bantu promosi TMP 2024/2025   - Utusan Malaysia

Unimap sedia bantu promosi TMP 2024/2025  

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Unimap berkenan melaksanakan simbolik promosi Tahun Melawat Perlis 2024/2025 bersempena Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sedia membantu kerajaan negeri mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, simbolik promosi berkenaan adalah bagi menguar-uarkan kepada ibu bapa dan waris selain tetamu-tetamu dari dalam dan luar negara yang mengunjungi Unimap.
 
“Sempena konvokesyen ini, Unimap turut menerima lebih 20,000 pengunjung termasuk pengunjung festival konvokesyen yang diadakan di dalam kampus sekali gus merancakkan lagi promosi TMP 2024/2025.
 
“Malah, persembahan di dalam dewan konvokesyen turut memberi tumpuan terhadap promosi berkenaan agar sasaran kerajaan negeri untuk menarik 3.5 juta pelancong ke negeri ini tercapai,” katanya.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Unimap berkenan melaksanakan simbolik promosi tersebut bersempena Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 yang berlangsung selama empat hari bermula kelmarin.
 
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Unimap (LPU), Muhamed Ali Hajah Mydin; Ketua-ketua Jabatan negeri dan Persekutuan dan pengurusan tertinggi universiti.-UTUSAN
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya