KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman memaklumkan beliau berlapang dada sekiranya ada pihak yang bersungguh-sungguh mahu membeli kelab tersebut namun tetap perlu menunjukkan proof of fund. Norizam berkata, bagaimanapun setakat ini belum ada pihak yang betul-betul memberikan bukti tersebut kepada beliau sedangkan ia merupakan perkara paling penting jika berhasrat untuk memiliki kelab bola sepak berkenaan. Katanya, keperluan menunjukkan bukti dana itu merupakan pesanan daripada pihak Liga Bola Sepak Malaysia…










