TNB siasat punca percikan elektrik timpa remaja 12 tahun

TNB siasat punca percikan elektrik timpa remaja 12 tahun

KERATAN laporan Utusan Online
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian susulan insiden percikan arka yang melibatkan seorang remaja 12 tahun di pencawangnya di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam. 

Dalam satu hantaran dalam media sosial, TNB Careline memberitahu, pihaknya mengambil maklum insiden itu dan menzahirkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarganya. 

TNB juga berharap agar mangsa dapat menerima rawatan terbaik di hospital. 

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga. 

“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan ini tanpa kebenaran,” menurut hantaran itu malam tadi.

Semalam, Utusan Online melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa milik TNB di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, mangsa, Mohd. Dawisy Zarif Mohd. Khairi, 12, memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola. 

Bagaimanapun, dia dilaporkan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik di bilik janakuasa elektrik tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN