KEMAMAN: Sebanyak 590 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dapat menampung seramai 147,590 mangsa banjir sedia dibuka seluruh Terengganu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, semua PPS tersebut sedia dibuka untuk menempatkan mangsa sekiranya berlaku banjir dalam tempoh terdekat. Menurutnya, kebanyakan PPS tersebut telah dibuka pada tahun lalu dan terletak di lokasi yang selamat. “Kesemua…










