Tempoh reman peniaga disyaki bunuh rakan niaga disambung tujuh hari - Utusan Malaysia

Tempoh reman peniaga disyaki bunuh rakan niaga disambung tujuh hari

PENIAGA yang disyaki membunuh rakan perniagaannya dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tempoh reman seorang peniaga disyaki terbabit kes bunuh rakan perniagaannya di tepi jalan dekat Pejabat Agama Hulu Terengganu, minggu lalu, disambung tujuh hari lagi.

Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga 15 November itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Bagaimanapun suami suspek yang berumur 37 tahun yang sebelum ini turut direman dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu pasangan suami isteri itu yang dibawa sepasukan anggota polis tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sebelum ini pasangan suami isteri itu direman tujuh hari pada 2 November lalu berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas berusia 65 tahun. 

Akhbar pada 1 November melaporkan penemuan mayat seorang pengusaha tudung dan baju kurung dengan 15 kesan tikaman di dalam longkang menggunakan pisau pemotong daging.

Kejadian dipercayai bermula dengan pertengkaran di dalam sebuah kereta dan bermotifkan rasa tidak puas hati berhubung agihan keuntungan perniagaan diusahakan dua wanita tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya