SK Kuala Perlis juara edisi sulung Liga Tunas Perlis - Utusan Malaysia

SK Kuala Perlis juara edisi sulung Liga Tunas Perlis

PARA pemain SK Kuala Perlis yang muncul juara edisi pertama kejohanan Liga Tunas Perlis bergambar bersama Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan itu di Padang B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis muncul juara edisi pertama kejohanan Liga Tunas Perlis selepas menewaskan Sekolah Tengku Budriah (STB) 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit di Padang B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, semalam.

Tempat ketiga bersama bagi kejohanan anjuran kerajaan negeri itu disandang oleh Sekolah Rendah Islam Al-Furqan dan SK Oran.

Sebanyak 46 pasukan dari sekolah rendah seluruh negeri ini membabitkan sebanyak 121 perlawanan selama tiga hari yang dianjurkan secara sirkit.

Majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjuran Liga Bola Sepak Perlis,
Muhammad Azmir Azizan.

Sebagai rekod, kerajaan negeri sedang dalam usaha menstruktur pembangunan bola sepak Perlis melalui sistem liga yang kompetitif untuk memberi pendedahan kepada pemain, jurulatih dan pegawai pertandingan mendapat manfaat terbanyak daripada sudut minit permainan, urus tadbir pasukan, latihan berterusan dan lain-lain perkara yang akan menjurus kepada menjadi pemangkin kegemilangan bola sepak negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya