Sidang DUN: Semak semula garis panduan elak kematian, kemalangan di taska - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Semak semula garis panduan elak kematian, kemalangan di taska

Taska
ANFAL Saari menjawab pertanyaan berkaitan pusat asuhan kanak-kanak pada Sidang DUN Selangor dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan menyelaras semula garis panduan pematuhan penubuhan pusat asuhan atau taska bagi mengelak kejadian kemalangan atau kematian akibat kecuaian pengasuh.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfal Saari berkata, penyelesaian terhadap isu tersebut juga merangkumi sesi libat urus bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di peringkat negeri.

“Itu adalah proses berterusan yang mana pemutihan taska tidak berdaftar, kita tidak mahu bertindak secara menghukum tetapi lebih kepada advokasi kepada taska supaya daftar.

“Sesi libat urus bersama pemegang taruh seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memudahcarakan dan memastikan semua pengusaha mematuhi syarat contohnya upskilling pengasuh dan juga menyediakan lokasi strategik dan patuh dari segi keselamatan untuk anak-anak yang dihantar ke taska,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh (PN) berhubung insiden kemalangan dan kematian bayi serta kanak-kanak di pusat asuhan Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023.

Terdahulu seorang bayi mengalami kecederaan serius pada bahagian pahanya dipercayai akibat dipulas oleh pengasuh ketika berada dalam jagaan pusat asuhan pada minggu lalu.

Sebelum itu, Anfal yang juga ADUN Taman Templer (PH) ketika menjawab pertanyaan ADUN Teratai, Yew Jia Haur berhubung galakan bagi majikan untuk menyediakan taska memaklumkan kerajaan negeri menyediakan insentif khas bagi perkhidmatan asuhan menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS1).

“Kerajaan negeri menetapkan dua strategi iaitu menyediakan sokongan yang diperlukan oleh wanita bekerja iaitu pusat jagaan kanak-kanak selamat, boleh dipercayai dan terletak di kawasan strategik serta meningkatkann akses kepada pendidikan awal kanak-kanak.

“Kerajaan negeri sedang dalam perancangan untuk memberikan insentif kepada majikan yang menyediakan pusat pengasuhan atau pendidikan awal kanak-kanak di tempat kerja atau di kawasan yang strategik yang mempunyai permintaan yang tinggi.

“Selain itu, kerajaan negeri menetapkan sasaran jangka panjang iaitu berkolaborasi dengan majikan di Selangor bagi mewujudkan dua taska dan dua tadika di setiap daerah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya