Sidang DUN P. Pinang: Projek PSI didakwa ancam survival ekonomi, sosial tempatan - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: Projek PSI didakwa ancam survival ekonomi, sosial tempatan

MUHAMAD FAUZI Yusoff pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pembangunan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI) didakwa bakal mengubah demografi kependudukan serta mengancam survival ekonomi dan sosial penduduk tempatan. 

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Muhamad Fauzi Yusoff berkata, ini kerana penduduk tempatan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan.

“Selain itu, timbul isu asrama pekerja yang dianggarkan bakal menempatkan 40,000 pekerja asing yang mana ia bakal mencetuskan masalah sosial, kesihatan dan keselamatan.

“Ini akan menjadi bebanan kerja kepada pasukan keselamatan yang kekurangan anggota,” katanya dalam  sidang DUN Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan EMP untuk projek ‘Silicon Island’ bagi projek PSI telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pada 21 Julai lalu.

Susulan kelulusan EMP itu, kerja persediaan awal tambakan bagi projek PSI dimulakan awal September lalu dan diteruskan sehingga kerja-kerja berkaitan disiapkan.

Menurut Muhammad Fauzi (Pas-Sungai Dua), kesan projek PSI itu juga menyebabkan golongan nelayan di kawasan terbabit yang majoritinya  masyarakat Melayu telah kehilangan mata pencarian utama mereka.

“Sebelum ini, hasil tangkapan laut yang diperolehi dari kawasan tambakan tersebut adalah lumayan dan didaratkan serta dipasarkan kepada tauke-tauke tempatan selain turut memberi rezeki kepada nelayan Perak Utara dan nelayan negeri Kedah.

”Namun, kini kawasan perairan itulah yang hendak dimusnahkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, kesan pembuangan selut hasil daripada perlombongan pasir di Muka Head yang akan dibuang 12 batu nautika dari kawasan tersebut bakal mencemarkan dan memusnahkan ekosistem di kawasan tersebut.

“Selut ini juga berkemungkinan boleh sampai ke Pulau Langkawi kerana dihanyutkan oleh arus laut yang deras.

”Adakah tragedi yang telah berlaku kepada nelayan Tanjong Tokong dan Paramount disebabkan tambakan dan pembangunan di Tanjung Pinang dan Gurney Drive tidak cukup memberi pengajaran tentang kesan kepada komuniti nelayan,” katanya.

Tambah beliau, kesan tambakan di situ telah menyebabkan 80 peratus nelayan kehilangan hasil laut di kawasan tersebut.

“Ini rungutan-rungutan yang saya terima daripada nelayan-nelayan di sana dan dalam masa sama Fish Impact Assessment (FIA) telah mengesahkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya