Sidang DUN P. Pinang: Beberapa langkah diambil atasi kesesakan jalan raya  - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: Beberapa langkah diambil atasi kesesakan jalan raya 

ZAIRIL Khir Johari pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri melaksanakan beberapa langkah jangka masa pendek bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh Pulau Pinang khususnya dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke pulau.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, antara langkah yang diambil ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Menurut beliau, ketika ini, Rapid Penang mempunyai 237 buah bas yang beroperasi di negeri itu dan bilangan bas akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan.

“Ini bagi memastikan penyediaan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti serta merangkumi laluan-laluan sosial,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Zairil Khir (DAP- Tanjong Bunga) menjawab soalan K. Kumaran (DAP-Bagan Dalam) berkenaan usaha jangka masa pendek yang diambil untuk mengatasi isu kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh Pulau Pinang.

Menurut Zairil, di samping itu, kerajaan negeri telah membiayai  sepenuhnya Pas Mutiara My50 bagi penggunaan perjalanan tanpa secara percuma bagi semua pengguna harian.

“Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan bas percuma Central Area Transit (CAT) dalam kawasan pusat bandar George Town bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang efisien dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara berterusan.

“Selain itu, turut disediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Bridge di laluan seperti Bayan Baru ke Seberang Jaya; Bukit Mertajam ke Komtar.

“Perkhidmatan Bas Bridge Express Shuttle Transit (BEST) Komtar turut disediakan bagi kakitangan yang bekerja di Komtar dan ia sangat membantu dalam menyelesaikan masalah kesesakan dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke pulau,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, turut dilaksanakan ialah hebahan maklumat kepada pengguna lebuh raya menerusi media sosial dan elektronik Variable Message Signboard (VMS) mengenai situasi semasa keadaan trafik supaya pengguna dapat merancang perjalanan.

“Antara langkah lain ialah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengawal lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dan persimpangan-persimpangan jalan yang mengalami kesesakan terutamanya pada waktu puncak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya