JERANTUT: Kira-kira 100 Orang Asli etnik Bateq Kampung Atok yang menginap di tepi Sungai Tembeling berikutan penempatan mereka diceroboh gajah liar sejak tujuh hari lalu akan dipindahkan dan ditempatkan di sebuah lokasi sementara di Kampung Merting dekat sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar yang juga wakil kerajaan negeri, Haris Salleh Hamzah berkata, cadangan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar…










