Selebriti antarabangsa desak genjatan senjata di Palestin - Utusan Malaysia

Selebriti antarabangsa desak genjatan senjata di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekumpulan selebriti terkenal Amerika Syarikat (AS) menandatangani satu surat terbuka yang mendesak Presiden AS, Joe Biden, melakukan gencatan senjata di Gaza, Palestin.

Desakan itu bermula pada 23 Oktober lalu menerusi solidariti yang dinamakan Artists Call For Ceasefire Now yang sehingga hari ini mendapat sokongan daripada 268 selebriti antarabangsa.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia di laman sesawang berkenaan mendapati beberapa artis terkenal seperti Selena Gomez, Zayn Malik, Joe Alwyn, Bella Hadid,Cooper, Ben Affleck, Jennifer Lopez, juga Adam Lambert mengecam kekejaman ke atas penduduk Palestin.

“Kepada presiden Biden, kami para artis mendesak anda, kongres serta seluruh pemimpin dunia untuk menghormati nyawa mereka di Tanah Suci dan menyeru agar gencatan senjata dilakukan dengan kadar segera. Kami percaya tindakan ini akan mengakhiri pengeboman di Gaza sekali gus menyelamatkan tebusan.

“Separuh dari dua juta penduduk Gaza adalah kanak-kanak sementara dua pertiga yang lain ialah pewaris yang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

“Kami percaya bahawa AS dapat memainkan peranan penting secara diplomatik untuk mengakhiri penderitaan ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Biden pernah berkata kepada Israel bahawa negara itu akan kehilangan sokongan dunia jika protes di seluruh dunia semakin besar.

Menteri Kesihatan Palestin, Dr. Mai Al-kaila turut menyatakan 150 petugas perubatan profesional sudah terkorban manakala operasi beberapa hospital lumpuh kerana kekurangan bahan api selepas dibom Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN