PETALING JAYA: Purata sebanyak 45 motosikal dilaporkan hilang sehari di seluruh negara sejak 2018 hingga Ogos lalu. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kes curi motosikal menjadi penyumbang utama kepada indeks jenayah harta benda sepanjang tempoh tersebut dengan 92,865 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kerugian RM278.59 juta. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, sebanyak 300,470 kes…