Pulau Sebatik: Sabah tidak akan berganjak tuntutan Indonesia

Pulau Sebatik: Sabah tidak akan berganjak tuntutan Indonesia

HAJIJI Noor (kanan) bersama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri konsisten dan kekal dengan pendirian untuk tidak berganjak dengan apa juga tuntutan Indonesia berkaitan Pulau Sebatik yang berada di wilayah Laut Sulawesi.

Pendirian tegas itu bagi memastikan persempadanan negara khususnya negeri Sabah sentiasa dipelihara dan tidak tergugat.

Pendirian itu dinyatakan oleh Datuk Seri Hajiji Noor semasa menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Senallang) dalam sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri tegas dengan pendirian bahawa persempadan negeri Sabah di Pulau Sebatik adalah di garisan sempadan memanjang sepanjang 4°10’ bermula dari East Pillar sehingga Low Water Line di sebelah timur Pulau Sebatik.

Beliau berkata, sempadan maritim yang telah ditandatangani melalui Triti Laut Sulawesi hanya melibatkan 12 batu nautika, tidak mendatangkan kerugian kepada negeri Sabah.

Perundingan penetapan sempadan maritim bagi kawasan yang melebihi 12 batu nautika sehingga 200 batu nautika di Laut Sulawesi (dalam kawasan ND6 dan ND7) yang merupakan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) masih belum dimulakan.

“Kita tidak pernah bersetuju tentang tuntutan Indonesia di Laut Sulawesi yang kaya dengan khazanah seperti minyak dan gas, perkara ini masih dalam perundingan.

“Sesi rundingan terkini melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas [Special Technical Meeting (STM)] yang telah diadakan pada 16 dan 17 Nov di Tangerang, Indonesia diakhiri tanpa apa-apa perkembangan kerana kedua-dua belah pihak kekal dengan pendirian masing-masing,” katanya.

Wakil Sabah dalam mesyuarat itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Ag Sahari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew.

Menurut Hajiji, Malaysia dan Indonesia komited untuk menyelesaikan persempadanan darat dan persempadanan laut wilayah secara menyeluruh dan setakat ini tidak ada apa-apa persetujuan dibuat melalui platform-platform mesyuarat dua hala (bilateral meeting) yang berkaitan Pulau Sebatik dan Laut Sulawesi.

Jelas beliau, kerajaan negeri telah dilibatkan secara aktif dalam platform-platform mesyuarat dua hala ini yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri.

Ia bagi memastikan setiap perundingan atau cadangan-cadangan yang melibatkan persempadanan Sabah, Malaysia dan Indonesia dibentang dan dirujuk kepada Jemaah Menteri Sabah terlebih dahulu untuk mendapat asas perundingan, hala tuju dan ketetapan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya