7,500 peserta sertai Toyota SYI Outrun 2026

7,500 peserta sertai Toyota SYI Outrun 2026

ACARA larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2026 yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini berjaya menghimpunkan lebih 7,500 peserta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2026 yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini berjaya menghimpunkan lebih 7,500 peserta.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran berkata, acara larian itu juga berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Katanya, sebanyak tiga kategori larian diadakan iaitu acara lima kilometer (km), 10km dan separa marathon 21 km yang disertai pelbagai lapisan masyarakat.

“Untuk kategori kompetitif, seramai 2,200 peserta mengambil bahagian dalam acara larian 10km manakala 1,800 lagi menyertai acara 21km.

“Dengan penyertaan pelbagai pihak, kejayaan penganjuran edisi kelima ini membuktikan sokongan berterusan masyarakat terhadap acara yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menyokong usaha membantu pesakit kanser,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Ravindran berkata, Toyota SYI Outrun kini menjadi acara larian ingin di sertai bagi masyarakat terutama dengan matlamat yang turut menyokong ke arah kebajikan secara Bersama.

“Bagi UMWT, setiap edisi bukan sekadar acara larian, malah platform untuk memperkukuh semangat komuniti, meningkatkan kesedaran dan menyalurkan bantuan praktikal kepada organisasi seperti NCSM.

“Kami menghargai sokongan semua peserta, rakan strategik, penyokong dan sukarelawan yang menjayakan acara ini,” katanya.

Katanya, Toyota SYI Outrun diperkenalkan pada 2019 sebagai sebahagian daripada komitmen UMW Toyota Motor dalam menyokong kesejahteraan dan keterangkuman masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN