Primula Beach Hotel terima anugerah 'Consumer Choice Brand'  - Utusan Malaysia

Primula Beach Hotel terima anugerah ‘Consumer Choice Brand’ 

SUAIBAH Harun (tengah)menerima dianugerahkan 'Consumer Choice Brand' daripada Ahmad Maslan (dua, kanan) pada Malam Anugerah Usahawan Berprestij Islam (IDEA Award 2023) di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Primula Beach Hotel Sdn. Bhd. di sini sekali lagi melakar sejarah apabila dianugerahkan ‘Consumer Choice Brand’ pada Malam Anugerah Usahawan Berprestij Islam (IDEA Award 2023) di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, anugerah berprestij tersebut dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders  bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi. 

Menurutnya, anugerah itu juga bertujuan memupuk kerjasama dengan pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri mesra muslim melalui perniagaan mereka.

“Keunikan anugerah ini tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT melalui perniagaan, serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada masyarakat. 

“Anugerah IDEA Award 2023 menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang usahawan Muslim di Malaysia, serta menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Majlis penganugerahan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Primula Beach Hotel menerima trofi anugerah tersebut dengan ukiran khat ‘Mari Menuju Kejayaan’ sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam dunia perniagaan. 

Mengulas lanjut, Suaibah berkata, sebagai hotel milik penuh kerajaan negeri Terengganu, pihaknya berazam untuk terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan mereka demi mengekalkan ciri-ciri terbaik yang telah diiktiraf selama ini.

“Anugerah ini juga akan terus meningkatkan motivasi kepada seluruh warga Primula Beach Hotel untuk lebih berdaya saing dan kekal unggul dalam industri pelancongan di Terengganu.

“Kami akan bekerja dengan lebih gigih lagi dalam mempromosikan perniagaan pelancongan mesra pelanggan sekaligus mewujudkan imej positif Terengganu di persada antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya