Polis tahan dua individu aktif curi kereta di Lembah Klang

Polis tahan dua individu aktif curi kereta di Lembah Klang

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan pasangan kekasih dipercayai aktif terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 32 tahun itu ditahan kelmarin di Taman Maluri, Cheras oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Ampang. 

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kontraktor berusia 62 tahun berkaitan kehilangan kenderaan Nissan Vanette pada 10 Oktober lalu di Taman Muda, Ampang di sini.

Katanya, mangsa mendapati kenderaan mengandungi peralatan-peralatan kerja pemasangan mozek yang diletakkan di lokasi kejadian dipercayai hilang kira-kira pukul 7 pagi. 

“Susulan itu, kita menahan kedua-dua suspek dan pemeriksaan mendapati suspek pertama mempunyai 19 rekod jenayah dan 11 rekod narkotik.

“Ujian air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tambahnya, siasatan mendapati kedua-dua suspek bergiat aktif mencuri kenderaan di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur susulan enam laporan diterima pihaknya sejak Jun lalu.

Jelas beliau, suspek kemudian menjual kenderaan itu kepada seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Polis turut merampas satu van dan satu kereta masih dilaporkan hilang dalam daerah Ampang dan Gombak, lima telefon bimbit, satu Ipad dan pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.

“Kedua-dua suspek direman sejak semalam hingga lusa dan kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun keseksaan kerana melakukan kesalahan mencuri kenderaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya