JAKARTA: Ratusan pelajar turun ke jalanan di ibu negara Indonesia pada Jumaat bagi membantah dasar kerajaan yang menurut mereka boleh ‘memufliskan’ negara. Para pelajar menuntut Presiden Prabowo Subianto menghentikan perbelanjaan negara yang disifatkan membazir serta memansuhkan program makanan percuma beliau, yang kini dibelenggu insiden keracunan besar-besaran dan dakwaan rasuah. Mereka juga membantah keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api, yang akan menjejaskan golongan kelas pertengahan. Protes pada Jumaat berlaku ketika kemarahan…









