PN sedia ambil alih Putrajaya jika hukum Islam tidak dipertahan

PN sedia ambil alih Putrajaya jika hukum Islam tidak dipertahan

PENYOKONG berhimpun pada 'Himpunan Selamatkan Syariah'di luar pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Himpunan Selamatkan Syariah bertukar menjadi medan politik oleh pihak pembangkang mahu menawan Putrajaya jika hukum Islam gagal dipertahankan kerajaan.

Tuntutan itu disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjadi individu terakhir berucap di pentas program selama dua jam tersebut.

“Kalau mereka (kerajaan Persekutuan) tidak buat (pinda Perlembagaan jamin enakmen syariah negeri), janji kami pimpinan di sini bersedia mengambil alih Putrajaya,” tegasnya.

Perhimpunan berlangsung di Dataran Putrajaya berhadapan Kompleks Istana Kehakiman itu dianjurkan Gerakan Selamatkan Syariah yang disertai puluhan pertubuhan bukan kerajaan bermula pukul 9 pagi tadi dengan solat hajat berjemaah di padang itu diimamkan Ketua Dewan Ulama Pas, Syeikh Radhi Abdul Rahman melibatkan hampir 1,000 orang.

Meskipun penganjurnya mendakwa sudah pun menjemput semua parti politik untuk hadir, namun hanya para pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kelihatan antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Turut muncul ialah beberapa bekas menteri Kabinet iaitu Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Menjelaskan lanjut, Tuan Ibrahim sebelum itu menyatakan kesediaan Perikatan Nasional (PN) memberi sokongan dua pertiga di Parlimen jika kerajaan memartabatkan syariah.

“Kita namun mendesak kerajaan sekarang segera gubal atau pinda perlembagaan negara demi memastikan seluruh sistem enakmen syariah negeri tidak diganggu gugat,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang itu memberi amaran bahawa perhimpunan sedemikian bukanlah yang pertama dianjurkan, bahkan jutaan ‘ummah’ akan bangkit berhimpun mempertahankan kedaulatannya jika ancaman ke atas perundangan Islam masih lagi berterusan dicabar di mahkamah,.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim mengingatkan semua individu Muslim tidak kira parti dan latar belakang agar ada sifat tanggungjawab melindungi kesucian undang-undang Islam.

Beliau turut mengharapkan panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang membuat keputusan betul terhadap petisyen difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Peguam itu dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman memohon supaya 18 seksyen kesalahan jenayah dalam Enakmen Kanun Syariah Kelantan 2019 terbatal.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut kelihatan tiba di Istana Kehakiman di sini bagi mengikuti sesi prosiding yang bermula pada 17 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya