Pembinaan RTS giat dilaksanakan

Pembinaan RTS giat dilaksanakan

PARA pekerja menyiapkan tiang jajaran merentasi Selat Tebrau yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura di Stulang Laut, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Projek Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan bandar raya ini dengan Woodlands, Singapura giat dilaksanakan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kerja-kerja merangkumi pelbagai komponen seperti pembinaan depoh, stesen, jajaran darat dan marin dijalankan mengikut jadual.

Apabila siap kelak, RTS diyakin berupaya menangani sebahagian daripada cabaran pergerakan rakyat Malaysia dan Singapura kerana mampu membawa sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi kedua-dua hala.

RTS merupakan perkhidmatan tren ulang-alik sepanjang empat kilometer antara Stesen Woodlands North dan Bukit Cagar, Johor Bahru.

Perkhidmatan itu akan berintegrasi dengan sistem-sistem pengangkutan awam di kedua-dua stesen, menyediakan kaedah pengangkutan alternatif yang akan membantu mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen di kedua-dua negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN