Patah hati bantu Cakra Khan hasilkan deretan lagu baru - Utusan Malaysia

Patah hati bantu Cakra Khan hasilkan deretan lagu baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cinta tidak semuanya bahagia, adakalanya berakhir dengan kecewa.

Itulah yang dirasakan penyanyi Indonesia, Cakra Khan, apabila kisah cintanya terputus di tengah jalan pada bulan Februari beberapa tahun lalu dengan seorang individu yang enggan didedahkan identitinya membuatnya sedih.

Perasaan terluka dan kecewa itu bagaimanapun memberikan Cakra atau Cakra Konta Paryaman inspirasi baharu sehingga penyanyi Kekasih Bayangan itu berjaya menyiapkan sebuah album dengan 13 buah lagu yang dijangka menemui pendengar bulan hadapan. 

“Patah hati membuatkan saya meraih lebih banyak pendapatan kerana lebih banyak inspirasi yang saya dapat.

“Dalam keadaan apapun, saya akan cuba positif. Ketika saya sedih, saya hubungi teman saya yang juga pemain piano untuk datang ke rumah.

“Ketika dia memainkan muzik, saya akan mencari lirik sehingga terjadilah lagu yang lengkap.

“Saya tidak akan dapat melakukan ini sekiranya saya bahagia. Putus cintalah yang menjadikan siapa Cakra Khan hari ini. Ia membuatkan saya lebih mudah mencurahkan isi hati,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN