Palestin: Malaysia harap kenyataan lebih tegas daripada OIC - Utusan Malaysia

Palestin: Malaysia harap kenyataan lebih tegas daripada OIC

Zambry Abdul Kadir semasa Mesyuarat Peringkat Menteri OIC bagi Sidang Kemuncak Tergempar OIC berlangsung di Riyadh, Arab Saudi - FACEBOOK/ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Palestin: Malaysia harap kenyataan lebih tegas daripada OIC

Oleh ARIF AIMAN ASROL
[email protected]

KUALA LUMPUR: Malaysia mahukan kenyataan yang dikeluarkan dalam Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-8 memberi hasil dan perubahan kepada rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, melalui mesyuarat yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi kali ini, akan ada kenyataan bersama dibuat daripada kalangan negara anggota Liga Arab dan negara-negara pertubuhan tersebut.

“Kita dengan jelas mahu OIC memainkan peranan yang sepatutnya dengan lebih tegas dan konkrit bukan hanya retorik semata-mata,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Tergempar OIC.

Persidangan tersebut akan membincangkan mengenai serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusian rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau juga sudah menyampaikan beberapa perkara pendirian Malaysia mengenai situasi yang dihadapi oleh Palestin ketika ini.

“Alhamdulillah saya juga telah bertemu dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud dan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi yang bertanggungjawab membuat draft kenyataan bersama dan segala perkara, cadangan dan pernyataan Malaysia diterima untuk dimasukkan dalam kenyataan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN