Kekal berniaga kedai runcit warisan keluarga di ‘pekan mati’

Nekad berniaga runcit warisan keluarga di ‘pekan mati’

TAN Ngee Lan menunjukkan kedai runcit yang diusahakannya yang terletak di Pekan Air Kuning Selatan, Gemencheh, Tampin.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Walaupun sudah tidak banyak lagi premis kedai yang beroperasi di Pekan Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, namun seorang peniaga tetap cekal mengusahakan perniagaan kedai runcit warisan keluarganya di situ.

Tan Ngee Lan, 53, berkata, Pekan Air Kuning Selatan memiliki banyak kedai yang berusia lebih seabad namun kini boleh dianggap sebagai sebuah pekan ‘mati’.

Katanya, keadaan itu berikutan pekan berkenaan sudah ‘terlindung’ daripada jalan utama selepas pembinaan landasan keretapi berkembar le­bih 10 tahun yang lalu.

“Pekan ini di bahagian bawah jambatan dan agak sukar untuk disinggah kerana perlu memasuki persimpangan lain terlebih dahulu.

“Sepatutnya semakin lama sesuatu tempat itu semakin maju tapi di sini tidak. Saya tetap juga berniaga dan masih mempunyai pelanggan setia yang terdiri daripada penduduk setempat

“Jika diikutkan (nilai) jualan, memang tidak seberapa sangat tetapi saya sayang tempat ini dan akan terus berniaga di sini sampai bila-bila,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.semalam.

Ngee Lan dalam pada itu memberitahu, perniagaan kedai runcit itu diwarisi daripada ba­panya, Tan Siew Bong, 84.“Saya kini generasi ketiga perniagaan ini, ia dimulakan oleh datuk saya, Tan Check Meng.

“Dia merupakan antara orang Cina terawal datang ke sini iaitu sekitar tahun 1940-an untuk mencari kerja. “Sebaik sahaja datang di sini, datuk te­rus beli kedai ini,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN