Nadia Brian manis berhijab - Utusan Malaysia

Nadia Brian manis berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Brian dihujani pujian setelah berkongsi gambarnya di media sosial mengenakan hijab.

Nadia dalam hantaran di Instagram tampil manis mengenakan hijab bercorak Palestin dan menawan dalam persalinan serba biru.

“Comel dah awak pakai hijab. Semoga terus istiqamah dan terus kuat,” tulis seorang netizen.

Dalam hantaran sama, pelakon berusia 32 tahun itu turut mengumumkan penglibatannya sebagai ahli Mercy Malaysia.

“Alhamdulillah ini kali pertama Nadia sertai sebagai ahli untuk Mercy Malaysia.

“Saya berharap usaha amal ini dapat memberi kesedaran tentang kemanusian seluruh dunia.

“Doakan yang baik-baik untuk Nadia,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN