Melaka bentang belanjawan lebihan RM564.5 juta

Melaka bentang belanjawan lebihan RM564.5 juta

AB. RAUF Yusoh (tengah) menunjukkan buku Bajet 2024 Negeri Melaka pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri membentangkan belanjawan lebihan berjumlah RM564.5 juta dalam Belanjawan Negeri Melaka 2024.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, jumlah tersebut melibatkan perbelanjaan mengurus berjumlah RM479.5 juta manakala RM85 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Kata beliau, hasil Kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta iaitu anggaran hasil cukai berjumlah RM167.4 juta, hasil bukan cukai (RM298.9 juta) dan terimaan bukan hasil (RM13.3 juta).

“Kerajaan negeri meneruskan inisiatif bajet dengan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM479.5 juta iaitu bagi maksud tanggungan dianggarkan berjumlah RM14.8 juta manakala bagi maksud bekalan dengan anggaran berjumlah RM464.7 juta.

“Di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan pula peruntukan adalah RM85 juta ringgit dengan pecahan RM55.6 juta merupakan sumber hasil negeri sementara RM28.4 juta daripada Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup atau Geran Tahap dan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT).

“Sementara itu sebanyak RM1 juta daripada kerajaan Persekutuan serta token sebanyak RM20 ringgit adalah pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Melaka pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, belanjawan yang bertemakan Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan itu melibatkan tiga agenda dan lapan fokus yang akan dilaksanakan secara komprehensif dan inklusif.

Menurutnya, agenda pertama iaitu Pembangunan Ekonomi Yang Komprehensif dan Mampan mempunyai lima fokus iaitu menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur, membangunakn Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Agenda kedua iaitu Kesaksamaan Sosial Demi Kesejahteraan Rakyat mempunyai satu fokus iaitu untuk memperkasakan inisiatif di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

“Agenda ketiga pula merangkumi peningkatan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam iaitu melonjakkan prestasi anak syarikat kerajaan negeri serta menyediakan perkhdimatan awam yang cekap dan berkesan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya