Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di laut - Utusan Malaysia

Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di laut

KEADAAN mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan terapung di perairan Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian, Besut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut,  Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat itu dijumpai kira-kira pukul 1 petang oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan perairan berkenaan.

“Mayat tersebut dipercayai  warga asing atau pelancong dari luar negara, Ketika ditemukan mayat itu telah reput, namun masih dalam keadaan memakai baju t-shirt.

“Berdasarkan keadaan mayat dipercayai mangsa telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, mayat berkenaan kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya