Macam mana nak majukan Labuan kalau bekalan air pun tak ada

Macam mana nak majukan Labuan kalau bekalan air pun tak ada -Anifah Aman

ultra kirana
ANIFAH AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya menyelesaikan masalah bekalan air di Labuan bagi memajukan pulau itu.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Tan Sri Anifah Aman berkata, perkara itu berlaku disebabkan pulau itu berdepan masalah penyelenggaraan paip dan memerlukan peruntukan dari kerajaan.

“Menteri ada pernah ke Labuan? Kalau belum, sila pergi sebab pulau ini cantik, tapi kemungkinan tak dapat mandi empat hari pasal tak ada air. Akta yang ada pembentangannya cantik dan sedap didengar tapi untuk rakyat Labuan, tak ada ertinya kalau air tak ada.

“Masalah Labuan ini mudah sahaja, penyelenggaran paip bocor 30 hingga 40 tahun dan peruntukan. Kalau tak ada peruntukan, tak boleh buat penyelenggaraan, rakyat yang menderita,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 di Dewan Negara hari ini.

Katanya, walaupun dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, apabila mahu menjemput pelabur, beliau tidak dapat menutup isu bekalan air di pulau itu.

“Macam mana nak bantu majukan Labuan kalau infrastruktur asas air dan elektrik tidak ada. Kita diibaratkan budak budak kecil menangis diberi gula-gula tapi sampai bila nak bagi gula-gula sahaja, sampai bila nak menangis sahaja.

“Ini memalukan. Ada satu kumpulan pemain golf dari Korea Selatan datang tiga hari untuk bercuti, mereka main golf tapi lepas itu mereka mahu mandi tapi air tak ada. Kita beli air mineral biar dia mandi, sampai tahap begitu,” katanya.

Justeru, beliau meminta menteri supaya mengambil sikap prihatin terhadap isu bekalan air Labuan.

“Datang ke Labuan dan tengok keperitan rakyat Labuan baru kita mengerti, kalau tak pergi, kita berucap di dewan, kita jawab soalan, tapi penderitaan orang Labuan tidak dirasai pemimpin, maka tidak ada ertinya semua ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun menghargai peruntukan RM1.1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri melibatkan kemajuan Labuan.

“Tapi pelaksanaan lagi penting, pastikan ada duit, laksanakan dengan baik, hubungi syarikat multinasional untuk tender terbuka, jangan ada favouritism, gangguan politik, cari kontraktor terbaik supaya masalah air Labuan mungkin tidak 100 peratus dapat diselesaikan tapi sekurang-kurangnya ada perbezaan dari dulu.

“Saya minta merayu supaya duit RM1.1 bilion dikeluarkan secara tuntas dan segera supaya kita boleh usahakan dan gunakan untuk menyelesaikan masalah air Labuan,” katanya.

Ucapan perbahasan Anifah mendapat perhatian oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sesi penggulungannya.

“Dijangkakan Perdana Menteri akan adakan lawatan Disember ini, saya secara peribadi akan pergi ke Labuan untuk melihat keadaan di sana, sememangnya keadaan tenaga dan bekalan air Labuan sangat kritikal,” katanya.

Katanya, terdapat tiga projek berjumlah RM60.5 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di Labuan serta menyelesaikan bekalan air dan pemasangan paip bagi meningkatkan kapasiti agihan bekalan air bernilai RM50 juta.

Tambahnya, pembangunan sistem billing perkhidmatan air bagi bekalan air Labuan dengan kos RM8 juta serta penyelenggaraan dan pembaikan bagi bekalan air Labuan pada 2024 dengan kos RM2.5 juta.

Katanya lagi, terdapat lapan projek lagi telah diluluskan bagi Labuan dalam perancangan sebelum ini yang akan terus dilaksanakan dengan peruntukan RM53 juta. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya