Ludacris beri bayangan bakal muncul di Super Bowl bersama Usher - Utusan Malaysia

Ludacris beri bayangan bakal muncul di Super Bowl bersama Usher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi rap, Ludacris memberi bayangan bakal membuat kemunculan khas dalam persembahan bersama penyanyi Usher sempena kejohanan Super Bowl Februari tahun depan.

Bercakap kepada portal ET, pemilik nama sebenar Christopher Brian Bridges itu memaklumkan tidak akan mensia-siakan sekiranya ditawarkan bersama Usher untuk membuat persembahan sempena kejohanan ragbi terbesar di Amerika Syarikat itu.

“Saya tidak akan menolak. Ia adalah peluang besar dan dia (Usher) merupakan sahabat lama saya.

“Kalau dia tawarkan, saya akan buat,” katanya.

Usher telah disahkan sebagai penampilan utama yang akan menggegarkan pentas Super Bowl yang bakal berlangsung 11 Februari 2024 di Las Vegas.

“Ia adalah penghormatan sepanjang hidup untuk saya. Saya tidak sabar untuk membawa persembahan berlainan yang belum pernah penonton saksikan sebelum ini,” katanya.

Pentas Super Bowl terdahulu menyaksikan persembahan selebriti antarabangsa seperti Rihana, Jenifer Lopez, Shakira, Justin Timberlake, Madonna, Beyonce dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN