LKAN: Tekun salur dana melebihi peruntukan

LKAN 2023: Tekun salur dana melebihi peruntukan

LKAN 2023
USAHAWAN, Siti Hartini Rasudin menyiapkan tempahan jahitan pelanggan di Keramat Mall di sini, hari ini.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dana bagi tiga program Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional disalurkan melebihi peruntukan dengan keseluruhan lebihan penyaluran berjumlah RM189.13 juta. 

Perkara itu antara isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan. 

Menurut laporan itu, ia membabitkan program Tekun-Bumiputera, Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan Tekun Mobileprenuer 4.0. 

“Dana bagi tiga program disalurkan melebihi peruntukan iaitu bumiputera RM374.63 juta (187.3 peratus) dengan lebihan RM174.63 juta, SPUMI RM30.44 juta (152.2 peratus) dengan lebihan RM10.44 juta dan Mobilepreneur 4.0 RM9.06 juta (181.2 peratus) dengan lebihan RM4.06 juta. 

“Penyaluran melebihi peruntukan memberi risiko kekurangan dana dalaman kepada Tekun Nasional untuk meneruskan program pembiayaan pada masa hadapan,” kata laporan itu. 

Dalam pada itu, LKAN 2022 menyifatkan pengurusan dana dan aktiviti pembiayaan bagi lima program secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.

Selain skim bumiputera, SPUMI dan Mobilepreneur 4.0, dua lagi program yang dijalankan pengauditan adalah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (Covid Business Recovery Micro -CBRM) 2.0 dan Skim Pembiayaan Usahawan Informal (SPIN) 2.0. 

Sementara itu, LKAN juga mendapati pengurusan tunggakan pembiayaan adalah kurang memuaskan. 

“Seramai  54 (67.5 peratus) usahawan mempunyai tunggakan enam bulan dan ke atas, dan 38 (70.4 peratus) daripadanya tidak dikeluarkan notis tuntutan (NOD) dengan nilai tunggakan berjumlah RM301,187. 

“Selain itu, 12 (22.2 peratus) daripada 54 usahawan turut mempunyai lebih daripada satu pembiayaan aktif iaitu antara dua hingga empat pembiayaan. 

“Secara keseluruhannya, jumlah hutang lapuk terkumpul setakat tahun 2022 ialah RM347.79 juta. Senarai hutang lapuk sebelum tahun 2009 tidak mempunyai rekod nombor kad pengenalan yang lengkap bagi 199 usahawan,” kata laporan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya