Lebih 2,000 warga UMS berhimpun zahir solidariti untuk Palestin

Lebih 2,000 warga UMS berhimpun zahir solidariti untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lebih 2,000 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta masyarakat sekitar kampus berhimpun bagi menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman tentera rejim Zionis.

Himpunan solidariti Palestin yang diadakan di Dewan Canselor UMS itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS bersama Kelab Rakan Masjid UMS bagi menunjukkan sokongan terhadap pembebasan bumi Palestin daripada terus diceroboh dan ditindas.

Turut diadakan sempena program yang dihadiri Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor itu adalah pelancaran Tabung Solidariti Palestin hasil gerakan dan inisiatif Persatuan Mahasiswa UMS.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program himpunan solidariti Palestin ini adalah inisiatif yang dicetuskan dengan matlamat meningkatkan kesedaran, pemahaman dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Kasim berkata, program itu juga bertujuan untuk menyediakan pendidikan dan pengetahuan tentang isu Palestin menerusi sesi perkongsian yang diadakan sepanjang program berkenaan.

“Matlamat akhir adalah untuk menyokong hak rakyat Palestin dan mempromosikan keadilan, kedamaian, serta kemerdekaan Palestin melalui usaha di peringkat universiti merangkumi semua warga UMS.

KASIM MANSOR“Usaha berterusan sedemikian sangat penting ke arah menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat selaras dengan keazaman kerajaan Malaysia
yang lantang menyuarakan solidariti untuk rakyat Palestin,” katanya.

Kasim turut menyeru orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan rakyat di Palestin dan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin yang tertindas.

Aktivis dan pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut berkongsi sejarah konflik dan kisah-kisah perjuangan mujahidin di Palestin pada program yang berlangsung semalam. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN