Konsert Coldplay diteruskan, mufti hanya beri pandangan, bukan fatwa

Konsert Coldplay diteruskan, mufti hanya beri pandangan, bukan fatwa

PENGANJUR konsert Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perkara-perkara yang digariskan dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour’ akan tetap diteruskan malam ini berdasarkan kelulusan yang diberikan pada 13 Oktober lalu.

Kementerian Komunikasi dan Digital dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah meluluskan permohonan persembahan artis luar negara itu.

Bagaimanapun, katanya, pihak penganjur konsert Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perkara-perkara yang digariskan dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP).

Ini termasuk pematuhan segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

“Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, hanyalah berupa pandangan dan bukannya fatwa.

“Sehubungan dengan itu, Konsert “Coldplay: Music of the Spheres World Tour” akan diteruskan pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya hari ini.

Terdahulu, penganjuran konsert artis antarabangsa itu terus hangat diperkatakan selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah menggesa penganjur membatalkan konsert itu ekoran disifatkan tidak mendatangkan manfaat kepada negara.

Menurutnya, band asal United Kingdom yang menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjelaskan suiz pemati (kill switch) akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay malam ini dan perkara itu dibincangkan bersama PUSPAL serta penganjur konsert itu.

Suis pemati berfungsi untuk menghentikan secara tiba-tiba sesuatu penganjuran konsert yang melanggar garis panduan ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya