Australia benam Turkiye 2-0

Australia benam Turkiye 2-0

Nestory Irankunda (kanan) meledak gol pertama Australia ketika menumpaskan turkiye 2-0.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Australia bermula langkah kanan di Piala Dunia 2026 apabila membenam Türkiye 2-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium BC Place, sebentar tadi.

Biarpun menguasai 63 peratus perlawanan, Türkiye gagal meledak sebarang gol, sebaliknya Australia bijak menggunakan serangan balas untuk mengutip tiga mata penuh.

Turkiye dianggap pilihan untuk memenangi perlawanan berdasarkan barisan pemain berprofil tinggi yang dimiliki, antaranya Merih Demiral, Hakan Calhanoglu, Arda Guler dan Burak Yılmaz.

Dalam aksi itu, Australia memanfaatkan satu serangan balas pantas untuk memecah kebuntuan menerusi Nestory Irankunda pada minit ke-26.

Tersentak dengan jaringan itu, Türkiye memperkemaskan rentak permainan, namun segala gerakan gagal menembusi benteng pertahanan Australia.

Pada babak kedua, Türkiye menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan, namun disiplin tinggi yang dipamerkan kem Australia menjadi penghalang.

Australia juga wajar berterima kasih kepada penjaganya, Patrick Beach yang berjaya melakukan aksi menyelamat penting termasuk perckubaan menarik Guler pada minit ke-57.

Pada minit ke-75, Connor Metcalf berjaya menggandakan kedudukan apabila rembatan Jarak jauhnya berjaya menggegarkan jaring Türkiye untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Untuk aksi seterusnya, Australia akan bertemu tuan rumah, Amerika Syarikat pada 20 Jun manakala Turkiye pula akan bertemu Paraguay pada tarikh yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN