GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang semalam membentangkan Belanjawan 2024 dengan defisit sebanyak RM514.53 juta.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, nilai defisit itu bertambah sebanyak RM47.41 juta berbanding tahun lalu yang berjumlah RM467.12 juta.
“Mengambil kira jangkaan hasil tahun 2024 berjumlah RM533.08 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,047.60 juta, akan menjadikan Bajet 2024 mengalami defisit sebanyak RM514.53 juta.
“Namun, mengambil kira janji kerajaan negeri yang akan sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk melonjakkan pembangunan negeri di samping memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara, maka belanjawan berdefisit perlu dilaksanakan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam. Untuk rekod, sejak 2011 Kerajaan Negeri Pulau Pinang membentangkan belanjawan defisit. Menurut Kon Yeow (DAP-Padang)
Kota, anggaran defisit atau kekurangan RM514.53 juta yang dijangka dalam Belanjawan 2024 akan dibiayai daripada rizab kerajaan negeri termasuk Akaun Amanah Disatukan yang berbaki sebanyak RM1.67 bilion pada 15
November lalu. Kon Yeow berkata, perbelanjaan mengurus yang dicadangkan bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM1.047 billion menunjukkan peningkatan sebanyak RM58.13 juta berbanding tahun ini. –UTUSAN










