Kerajaan negeri, Persekutuan bekerjasama promosi Langkawi

Kerajaan negeri, Persekutuan bekerjasama promosi Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pemain industri pelancongan di sini meminta kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kemelut kekurangan pelancong di Langkawi.

Dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, seramai 15 orang pemain industri termasuklah pemilik hotel dan rumah inap, penyedia perkhidmatan kereta sewa telah mengadakan satu pertemuan bagi mencari penyelesaian isu-isu yang melibatkan pelancongan di Langkawi.

Jurucakapnya, Hazani Hussin berkata, mereka tidak menuding jari kepada mana-mana pihak namun sebaliknya meminta kedua-dua kerajaan untuk melupakan perbezaan politik dan membantu menaikkan semula nama Langkawi sebagai destinasi pelancongan.

“Kita mohon kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan dapat selesaikan segala permasalahan yang timbul, terutamanya kemasukan melalui jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang menghadapi masalah lumpur dan tebing tinggi yang berlaku setiap tahun tanpa penyelesaian bagi melancarkan sistem pengangkutan ke Langkawi.

“Kita juga perlukan kempen pengiklanan yang lebih agresif, bagi memberitahu pelancong mengenai produk pelancongan yang ada di Langkawi,” katanya kepada sidang media di Jalan Ulu Melaka, di sini, hari ini.

Tambahnya, mereka juga meminta kerajaan untuk memberikan visa ketibaan/ visa on arrival (VOA) kepada pelancong dari China dan India di sini tanpa sebarang syarat tambahan seperti hanya membenarkan penerbangan sewa khas yang menggunakan syarikat penerbangan tempatan sahaja untuk mendapat VOA di Langkawi.

Selain itu, mereka juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah pihak media sendiri supaya semua isu pelancongan yang ada di Langkawi ini mendapat maklum balas yang lebih jelas daripada ahlinya, dan bukan daripada mereka yang mempunyai agenda tersendiri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN